Wednesday 5 June 2013

Semangat Malaysia Boleh!

Malaysia Boleh! merupakan satu cetusan semangat yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Ia pada asalnya digunakan untuk meningkatkan semangat perjuangan para atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989 bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa sahaja seperti mana orang lain. Hasil daripada semangat Malaysia Boleh!, pencapaian para atlet negara sangat luar biasa dan menjadi negara pengumpul emas kedua terbanyak di kejohanan tersebut. Semangat tersebut kini bukan saja diterapkan dalam sukan malahan untuk segala bidang dan menjadi pendorong bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Semangat inilah yang menjadikan rakyat Malaysia mampu mencatatkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam segala bidang termasuk ekonomi. Berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar secara solo, kecemer- langan di Sukan Komanwel XX - KL98 dan lain-lain.


Sekolah Bestari

Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri pendidikan. Malaysia diharap menjadi tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar negeri bersaing menwujudkan satu budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan akademik menjadi instrument penting untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.


More info:

Dasar Penswastaan

Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. 

Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar Pengsyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.


Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.



More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/254-penswastaan.html

Monday 3 June 2013

Penghujung Jalan Tun Dr. Mahathir



Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton . Beliau juga lantang menegur kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abbdullah Badawi seperti mana beliau pernah mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman.Kini beliau masih aktif menulis blog dan berucap dalam forum-forum dan persidangan.Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO. Dr. Mahathir menamat penglibatan aktif dalam politik ketika umurnya 75 tahun setelah berkhidmat kepada negara semala 22 tahun. Sepanjang beliau menjadi perdana Menteri beliau telah melantik beberapa timbalan seperti Tengku Razaligh, Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba. Beliau telah mengumunkan Dato Sri Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau.Dr. Mahathir juga pernah mengambil tindakan berani yang mengejutkan ramai pihak dengan membubarkan UMNO untuk menyelamatkan politik beliau semasa krisis kepimpinan UMNO. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah parti baru yang dinamanak UMNO Baru yang dikenali kini sebagai UMNO juga. Dr. Mahathir telah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan penggantinya walaupun beliau sering dihujani oleh media tempatan dan luar negara tengang siapakah bakal pengganti. Beliau dirasakan ingin memastikan pengganti beliau dapat meneruskan agenda dan wawasan yang telah diasaskan oleh beliau.

Penggerak Industri Permotoran Malaysia

Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini.



Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara.

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.


Wednesday 29 May 2013

"Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan. Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil."—— Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran

- Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam
- Mengubah masa kerja
- Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu
- Mengarahkan penggunaan kad tanda nama
- Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak 

Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Dasar Pandang Ke Timur




Dasar ini telah diumumkan oleh Dr. Mahathir pada 8 Februari 1982 ketika Persidangan Tahunan Kelima MAJECA/JAMECA di Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna pihak Kerajaan akan membu- at pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara-negara di Timur seperti Jepun dan Korea dan mengubahsuaikannya dengan keadaan di Malaysia. Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu berjaya membangun dengan pesatnya, malahan di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk mempertingkatkan kemajuan negara. Dasar ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan perdagangannya dengan rakan-rakan yang sedia ada ataupun memberi keutamaan kepada import barang-barang dan perkhidmatan dari Jepun dan Korea. Kerajaan akan terus mengamalkan dasar perdagangan terbuka dengan semua negara kecuali Israel.

Bidang Tumpuan:

Perubahan Struktur

  1. Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
  2. Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
  3. Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
  4. Konsep Pejabat Terbuka
  5. Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
  6. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

Perubahan Sikap

  1. Perkhidmatan Cemerlang
  2. Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
  3. Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

Latihan dan Kursus

  1. Latihan Perindustrian dan Teknikal
  2. Program Pengajian Akademik
  3. Program Pengajian Teknikal
  4. Program Kemajuan Eksekutif
  5. Hubungan di antara Institusi-institusi
  6. Skim Latihan Pembangunan Usahawan

More info:

Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk

Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.
Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
Objektif dasar ini adalah untuk menwujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta.

More info:

Bersih, Cekap dan Amanah




Pada pertengahan April 1982, Dr. Mahathir telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar bagi di- jadikan amalan kepada semua golongan di negara ini. Dasar ini dilancarkan berasaskan hakikat bahawa pembangunan dan kejayaan sesebuah negara bergantung antara lain kepada nilai-nilai hidup dan etika kerja yang positif di kalangan pekerja-pekerjanya. Oleh itu, nilai-nilai ini harus ditanamkan di jiwa semua pekerja dan rakyat. Objektif utama dasar ini adalah mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti dan mutu.


More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/236-bersih-cekap-dan-amanah.html

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran

Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir bertujuan membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; menubuhkan sebuah 'negara bahagia', menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. Bertolak dari dasar ini juga lahirnya usaha-usaha lain termasuklah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, penubuhan institusi kewangan bercorak Islam seperti Bank Islam dan Syarikat Takaful iaitu syarikat insurans yang bercorak Islam. Begitu juga Undang-undang Keluarga Islam telah mula dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia. Ini merupakan langkah-langkah besar yang memberi kesan ke atas masyarakat Islam di Malaysia, malah menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain dalam menghadapi tuntutan-tuntutan hidup zaman moden.

Dasar Pendidikan Tinggi

Sebagai Menteri Pelajaran mulai 1974, beliau telah membuat banyak perubahan-perubahan ke arah memesatkan lagi perkembangan pelajaran termasuk menambah bilangan pelajar-pelajar Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi. Beliau telah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan setiap individu diberi peluang untuk membaiki taraf hidup mereka. Penubuhan Universiti Utara Malaysia iaitu universiti keenam di Malaysia juga adalah atas usaha beliau.














More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html

Wawasan 2020


Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan,mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.















Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
1.    Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2.    Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3.    Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4.    Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5.    Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adatkebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6.    Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7.    Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8.    Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9.    Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Tuesday 28 May 2013

"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka."—— Tun Dr. Mahathir Mohamad

Menara Kuala Lumpur


Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja.

Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

Dr Mahathir mengilhamkan ‘Kuala Lumpur City Centre (KLCC)’ yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969.  

Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Click on the slide!

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom”. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Timesmenyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubunng Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau PinangMenara Berkembar PetronasLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.