Wednesday 5 June 2013

Dasar Penswastaan

Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. 

Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar Pengsyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.


Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.



More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/254-penswastaan.html

No comments:

Post a Comment