Wednesday 5 June 2013

Semangat Malaysia Boleh!

Malaysia Boleh! merupakan satu cetusan semangat yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Ia pada asalnya digunakan untuk meningkatkan semangat perjuangan para atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989 bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa sahaja seperti mana orang lain. Hasil daripada semangat Malaysia Boleh!, pencapaian para atlet negara sangat luar biasa dan menjadi negara pengumpul emas kedua terbanyak di kejohanan tersebut. Semangat tersebut kini bukan saja diterapkan dalam sukan malahan untuk segala bidang dan menjadi pendorong bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Semangat inilah yang menjadikan rakyat Malaysia mampu mencatatkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam segala bidang termasuk ekonomi. Berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar secara solo, kecemer- langan di Sukan Komanwel XX - KL98 dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment