Wednesday 5 June 2013

Semangat Malaysia Boleh!

Malaysia Boleh! merupakan satu cetusan semangat yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Ia pada asalnya digunakan untuk meningkatkan semangat perjuangan para atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989 bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa sahaja seperti mana orang lain. Hasil daripada semangat Malaysia Boleh!, pencapaian para atlet negara sangat luar biasa dan menjadi negara pengumpul emas kedua terbanyak di kejohanan tersebut. Semangat tersebut kini bukan saja diterapkan dalam sukan malahan untuk segala bidang dan menjadi pendorong bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Semangat inilah yang menjadikan rakyat Malaysia mampu mencatatkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam segala bidang termasuk ekonomi. Berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar secara solo, kecemer- langan di Sukan Komanwel XX - KL98 dan lain-lain.


Sekolah Bestari

Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan tumpuan dalam industri pendidikan. Malaysia diharap menjadi tumpuan pelajar-pelajar dalam dan luar negara untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar negeri bersaing menwujudkan satu budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan akademik menjadi instrument penting untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.


More info:

Dasar Penswastaan

Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap. 

Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar Pengsyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.


Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.



More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/254-penswastaan.html

Monday 3 June 2013

Penghujung Jalan Tun Dr. Mahathir



Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton . Beliau juga lantang menegur kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abbdullah Badawi seperti mana beliau pernah mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman.Kini beliau masih aktif menulis blog dan berucap dalam forum-forum dan persidangan.Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO. Dr. Mahathir menamat penglibatan aktif dalam politik ketika umurnya 75 tahun setelah berkhidmat kepada negara semala 22 tahun. Sepanjang beliau menjadi perdana Menteri beliau telah melantik beberapa timbalan seperti Tengku Razaligh, Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba. Beliau telah mengumunkan Dato Sri Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau.Dr. Mahathir juga pernah mengambil tindakan berani yang mengejutkan ramai pihak dengan membubarkan UMNO untuk menyelamatkan politik beliau semasa krisis kepimpinan UMNO. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah parti baru yang dinamanak UMNO Baru yang dikenali kini sebagai UMNO juga. Dr. Mahathir telah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan penggantinya walaupun beliau sering dihujani oleh media tempatan dan luar negara tengang siapakah bakal pengganti. Beliau dirasakan ingin memastikan pengganti beliau dapat meneruskan agenda dan wawasan yang telah diasaskan oleh beliau.

Penggerak Industri Permotoran Malaysia

Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri ini.



Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara.

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.