Wednesday 29 May 2013

Dasar Pandang Ke Timur




Dasar ini telah diumumkan oleh Dr. Mahathir pada 8 Februari 1982 ketika Persidangan Tahunan Kelima MAJECA/JAMECA di Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna pihak Kerajaan akan membu- at pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara-negara di Timur seperti Jepun dan Korea dan mengubahsuaikannya dengan keadaan di Malaysia. Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu berjaya membangun dengan pesatnya, malahan di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk mempertingkatkan kemajuan negara. Dasar ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan perdagangannya dengan rakan-rakan yang sedia ada ataupun memberi keutamaan kepada import barang-barang dan perkhidmatan dari Jepun dan Korea. Kerajaan akan terus mengamalkan dasar perdagangan terbuka dengan semua negara kecuali Israel.

Bidang Tumpuan:

Perubahan Struktur

  1. Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
  2. Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
  3. Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
  4. Konsep Pejabat Terbuka
  5. Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
  6. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

Perubahan Sikap

  1. Perkhidmatan Cemerlang
  2. Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
  3. Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

Latihan dan Kursus

  1. Latihan Perindustrian dan Teknikal
  2. Program Pengajian Akademik
  3. Program Pengajian Teknikal
  4. Program Kemajuan Eksekutif
  5. Hubungan di antara Institusi-institusi
  6. Skim Latihan Pembangunan Usahawan

More info:

No comments:

Post a Comment