Malaysia Boleh! merupakan satu cetusan semangat yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Ia pada asalnya digunakan untuk meningkatkan semangat perjuangan para atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989 bagi membuktikan bahawa Malaysia boleh melakukan apa sahaja seperti mana orang lain. Hasil daripada semangat Malaysia Boleh!, pencapaian para atlet negara sangat luar biasa dan menjadi negara pengumpul emas kedua terbanyak di kejohanan tersebut. Semangat tersebut kini bukan saja diterapkan dalam sukan malahan untuk segala bidang dan menjadi pendorong bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Semangat inilah yang menjadikan rakyat Malaysia mampu mencatatkan kejayaan di peringkat antarabangsa dalam segala bidang termasuk ekonomi. Berjaya menawan puncak Everest, mengelilingi dunia dengan perahu layar secara solo, kecemer- langan di Sukan Komanwel XX - KL98 dan lain-lain.
Wednesday 5 June 2013
Sekolah Bestari
Dr. Mahathir berhasrat agar Malaysia menjadi teraju dan
tumpuan dalam industri pendidikan. Malaysia diharap menjadi tumpuan
pelajar-pelajar dalam dan luar negara untuk mendapatkan pendidikan tinggi.
Kehadiran pensyarah-pensyarah dalam dan luar negeri bersaing menwujudkan satu
budaya ilmu yang baru. Aspek pembangunan akademik menjadi instrument penting
untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju. Malaysia kini menjadi tumpuan bukan
sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada
universiti-universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan
membuka cawangan atau mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi
pendidikan yang dilaksanakan ini bakal mencorakkan Malaysia sebagai pusat
pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat pendidikan tinggi,
konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah
dengan memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi
penuh menjelang tahun 2000.
More info:
Dasar Penswastaan
Program penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983
sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa
sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional
dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam
menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga
digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap.
Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan,
kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
Penswastaan terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi
mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran
dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar Pengsyarikatan Malaysia yang
bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya
bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.
Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir
memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang
bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat
antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk
Malaysia.
Dalam usaha ke arah membina negara maju proses
industrialisasi adalah sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah
melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan
kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan
pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan
teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja
dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.
More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/254-penswastaan.html
More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/254-penswastaan.html
Monday 3 June 2013
Penghujung Jalan Tun Dr. Mahathir
Setelah bersara beliau masih terus menjadi penasihat Proton . Beliau juga lantang menegur kepimpinan pengganti beliau iaitu Dato Sri Abbdullah Badawi seperti mana beliau pernah mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman.Kini beliau masih aktif menulis blog dan berucap dalam forum-forum dan persidangan.Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan pesaraannya dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO. Dr. Mahathir menamat penglibatan aktif dalam politik ketika umurnya 75 tahun setelah berkhidmat kepada negara semala 22 tahun. Sepanjang beliau menjadi perdana Menteri beliau telah melantik beberapa timbalan seperti Tengku Razaligh, Anwar Ibrahim dan Ghafar Baba. Beliau telah mengumunkan Dato Sri Abdullah Badwi sebagai pengganti Beliau.Dr. Mahathir juga pernah mengambil tindakan berani yang mengejutkan ramai pihak dengan membubarkan UMNO untuk menyelamatkan politik beliau semasa krisis kepimpinan UMNO. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah parti baru yang dinamanak UMNO Baru yang dikenali kini sebagai UMNO juga. Dr. Mahathir telah mengambil masa yang agak lama untuk menamakan penggantinya walaupun beliau sering dihujani oleh media tempatan dan luar negara tengang siapakah bakal pengganti. Beliau dirasakan ingin memastikan pengganti beliau dapat meneruskan agenda dan wawasan yang telah diasaskan oleh beliau.
Penggerak Industri Permotoran Malaysia
Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara.
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994. Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada Oktober 1996.
Wednesday 29 May 2013
"Kemerdekaan
sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan.
Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah
berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan. Daripada sebuah tanah
jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada
negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia
menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan
lagi satu perkara yang mustahil."—— Tun Dr. Mahathir Mohamad
Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran
- Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor
awam
- Mengubah masa kerja
- Mengarahkan penggunaan kad
perakam waktu
- Mengarahkan penggunaan kad
tanda nama
- Melaraskan waktu antara
semenajung Tanah Melayu dan Sabah, Sarawak
Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya,
sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah
jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha
integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut
serta.
Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar
biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan
utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara
yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia. Malaysia juga
melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan
(LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar ini telah diumumkan oleh Dr. Mahathir pada 8 Februari 1982 ketika Persidangan Tahunan Kelima MAJECA/JAMECA di Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna pihak Kerajaan akan membu- at pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara-negara di Timur seperti Jepun dan Korea dan mengubahsuaikannya dengan keadaan di Malaysia. Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu berjaya membangun dengan pesatnya, malahan di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk mempertingkatkan kemajuan negara. Dasar ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan perdagangannya dengan rakan-rakan yang sedia ada ataupun memberi keutamaan kepada import barang-barang dan perkhidmatan dari Jepun dan Korea. Kerajaan akan terus mengamalkan dasar perdagangan terbuka dengan semua negara kecuali Israel.
Bidang Tumpuan:
Perubahan Struktur
- Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
- Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
- Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
- Konsep Pejabat Terbuka
- Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
- Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
Perubahan Sikap
- Perkhidmatan Cemerlang
- Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
- Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)
Latihan dan Kursus
- Latihan Perindustrian dan Teknikal
- Program Pengajian Akademik
- Program Pengajian Teknikal
- Program Kemajuan Eksekutif
- Hubungan di antara Institusi-institusi
- Skim Latihan Pembangunan Usahawan
More info:
Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk
Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohammad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.
Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
Objektif dasar ini adalah untuk menwujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta.
More info:
Bersih, Cekap dan Amanah
Pada pertengahan April 1982, Dr. Mahathir telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar bagi di- jadikan amalan kepada semua golongan di negara ini. Dasar ini dilancarkan berasaskan hakikat bahawa pembangunan dan kejayaan sesebuah negara bergantung antara lain kepada nilai-nilai hidup dan etika kerja yang positif di kalangan pekerja-pekerjanya. Oleh itu, nilai-nilai ini harus ditanamkan di jiwa semua pekerja dan rakyat. Objektif utama dasar ini adalah mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkatan produktiviti dan mutu.
More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/236-bersih-cekap-dan-amanah.html
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
Penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran yang dicetuskan oleh Dr. Mahathir bertujuan membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; menubuhkan sebuah 'negara bahagia', menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan serta menghasilkan perkhidmatan yang bermutu. Bertolak dari dasar ini juga lahirnya usaha-usaha lain termasuklah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa, penubuhan institusi kewangan bercorak Islam seperti Bank Islam dan Syarikat Takaful iaitu syarikat insurans yang bercorak Islam. Begitu juga Undang-undang Keluarga Islam telah mula dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia. Ini merupakan langkah-langkah besar yang memberi kesan ke atas masyarakat Islam di Malaysia, malah menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain dalam menghadapi tuntutan-tuntutan hidup zaman moden.
Dasar Pendidikan Tinggi
Sebagai Menteri Pelajaran mulai 1974, beliau telah membuat banyak perubahan-perubahan ke arah memesatkan lagi perkembangan pelajaran termasuk menambah bilangan pelajar-pelajar Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi. Beliau telah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan setiap individu diberi peluang untuk membaiki taraf hidup mereka. Penubuhan Universiti Utara Malaysia iaitu universiti keenam di Malaysia juga adalah atas usaha beliau.
More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html
More info:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-pendidikan-kebangsaan.html
Wawasan 2020
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan
Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang
bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan
negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya
terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian,
psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua
ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem
kerajaan,mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa,
serta juga keyakinan.
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan
ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir
Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
1.
Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi
di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya
secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2.
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju,
dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan
apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat
Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat
sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh
rakyat negara lain.
3.
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai
persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada
beberapa banyak negara membangun.
4.
Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika,
dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan
didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5.
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada
masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan
teknologi masa depan.
7.
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri,
dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan
tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara
adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat
dalam perkembangan ekonomi.
9.
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,
giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak
semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang
akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan
khusus pada masa berkenaan.
Tuesday 28 May 2013
Menara Kuala Lumpur
Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja.
Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Dr Mahathir mengilhamkan ‘Kuala Lumpur City Centre
(KLCC)’ yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil.
Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia hingga selesai pembinaannya
dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40 hektar. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Meskipun
beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod
ini akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke
dua puluh. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari
tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas
struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan
antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
Tun
Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup
dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya
sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan
artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits
Times Singapura pada
20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom”. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar
dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga
mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya
maju di Asia Tenggara sehingga
pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau
Ekonomi Asia'.
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat
Malaysia dan antarabangsa adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis
Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan
juga dana bantuan dari IMF yang beliau
sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu
oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam
walaupun lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman
dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana
pihak.
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang
bersifat vokal berhubung isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan
kontroversi. Beliau menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif
kepada "Sistem Ekonomi Persendirian" dan secara amnya
menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering
kali dikritik dengan dilabelkan sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media
antarabangsa (contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York
Timesmenyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubunng Akta
Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan
pencegahan yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima
dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat
lari dari tuduhan kronisme seperti
pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga
digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan
Pulau Pinang, Menara
Berkembar Petronas, Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya
Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar
Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir
dianugerahkan Darjah
Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun.
Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana
berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara
industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun. Tempoh 22 tahun
sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama
yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Subscribe to:
Posts (Atom)